Monday, June 21, 2010

"Patience has its limits"

"Patience has its limits"

bagi seorang guru, sifat SABAR harus menebal dalam diri masing2 kerana tuntutan kerjaya yang dipilih.kerenah pelajar yang pelbagai, latar belakang keluarga yang berbeza menyebabkan wujudnya kepelbagaian pelajar dalam sesebuah kelas.jika kurang sikap SABAR ini, maka seorang guru itu akan gagal mengawal emosi serta tingkah lakunya.

walaubagaimanapun, bagi membantu guru itu membina kerjaya yang kukuh dan menjadi guru yang cemerlang, pelajar juga memainkan peranan yang penting. seSABAR manapun seorang guru, mereka juga insan biasa, punya hati dan perasaan, punya emosi yang harus dikawal SABAR itu ada batasnya.

jangan mencabar kesabaran seorang guru.kata-kata mereka juga adalah satu DOA. sekali hati mereka terguris, sekali terkeluar ayat yang menandakan bahawa ilmu yang mereka curahkan tidak mereka halalkan, maka akan GAGALlah seorang pelajar itu.

sesungguhnya tidak ada seorang guru pun yang ingin melihat anak didik mereka GAGAL.kejayaan pelajar, merupakan kejayaan guru. tiada yang lebih membanggakan melainkan melihat anak didik mereka berjaya.

Berusahalah hari ini untuk kejayaan akan datang...

'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian'
'bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian'

No comments:

Post a Comment