Saturday, July 31, 2010

Pasrah segalanya...



"ya ALLAH...jika dia benarkan untukku..
satukanlah hatinya dengan hatiku..
jika dia bukan milikku..
damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu...."


pagi yg ceria...tp masih ada terasa kekosongan di dlnm hatiku ini.
bukan mau berdusta..tapi ak terpaksa..
kebahagiaaan mak dan ayah lebih aku utamakn..
mereka yg setia di sisi, di kala susah jg senang..
di kala kejayaan menjelma jua di kala kecundang di pertangahan jalan..

Thursday, July 15, 2010

Ilmu PenYuluh KehiDupan...

dalam ilmu, x ada tinggi atau rendah..
universiti merupakan tempat di mana proses pencarian serta pemerolehan ilmu berlaku.

Ilmu yang diturunkan mestilah berupaya untuk memangkinkan pemikiran pelajar..oleh itu perlu begi seorang guru itu untuk mempunyai :1)TIMBANG RASA + 2)KASIH SAYANG

Wednesday, July 14, 2010

ku ada KAMU...

Di kala ku kegelapan..Di kala ku kehilangan..
kau suluhkan sinar petunjuk..

tp skrg??sume nye tinggal kenangan..
jika itu yang dipilih..jika itu yang terbaik..truskanlah
tidak ak memaksa, tidak juga ak menghalang..

kenangan semalam biarkan berlalu..jadikan hari mendatang satu perjuangan,satu harapan, di mana cita-cita dan impian akan ku gapai..

semoga yang terbaik menjadi milikmu...

dalam semua hal, ak sedar ALLAH jua penentu segalanya..dan setiap yg terjadi punya alasan yang kukuh..semoga DIA sentiasa bersamaku..hanya DIA yang memahami segalanya..hanya DIA juga tempat ak mengadu..

cinta ALLAH cinta PERTAMA..
DIA mencintai orang yg mencintaiNYA.

Saturday, July 3, 2010

MUSLIMAH SEjaTi...


"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim
Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlak itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
Kerana itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah... Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang... dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...
Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud...
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."