Tuesday, June 22, 2010

Teacher must always be prepared...

"hadapi dengan senyuman..semua yang terjadi biar terjadi..
hadapi dengan tenang jiwa, semua kan baik2 saja.."

'teacher must always be prapared!!!

cabaran untuk mendidik generasi kini dan akan datang semakin mencabar. perkembangan teknologi dan akses kepada teknologi menjadikan pelajar dengan mudah dapat mencapai informasi terkini tidak hanya berpandukan buku teks semata-mata.

hari ini dikejutkan dengan kedatangan penyelia latihan amali, prof T.subahan dan en.Yazid. penyelian ketiga dan merupakan yang terakhir. semoga apa yang diperoleh di SMK Yam Tuan Radin ini dapat digunakan semasa mengajar kelak.

nasihat untuk para guru:
~sentiasa peka kepada persekitaran pelajar
~berusaha mencari kaedah yang menarik perhatian pelajar
~bertanya kepada pelajar yang lemah dengan itu kita dapat menilai P&p
~open ended question
~pembelajaran interaktif

Monday, June 21, 2010

"Patience has its limits"

"Patience has its limits"

bagi seorang guru, sifat SABAR harus menebal dalam diri masing2 kerana tuntutan kerjaya yang dipilih.kerenah pelajar yang pelbagai, latar belakang keluarga yang berbeza menyebabkan wujudnya kepelbagaian pelajar dalam sesebuah kelas.jika kurang sikap SABAR ini, maka seorang guru itu akan gagal mengawal emosi serta tingkah lakunya.

walaubagaimanapun, bagi membantu guru itu membina kerjaya yang kukuh dan menjadi guru yang cemerlang, pelajar juga memainkan peranan yang penting. seSABAR manapun seorang guru, mereka juga insan biasa, punya hati dan perasaan, punya emosi yang harus dikawal SABAR itu ada batasnya.

jangan mencabar kesabaran seorang guru.kata-kata mereka juga adalah satu DOA. sekali hati mereka terguris, sekali terkeluar ayat yang menandakan bahawa ilmu yang mereka curahkan tidak mereka halalkan, maka akan GAGALlah seorang pelajar itu.

sesungguhnya tidak ada seorang guru pun yang ingin melihat anak didik mereka GAGAL.kejayaan pelajar, merupakan kejayaan guru. tiada yang lebih membanggakan melainkan melihat anak didik mereka berjaya.

Berusahalah hari ini untuk kejayaan akan datang...

'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian'
'bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian'

Tuesday, June 15, 2010

mengapa kita diduga???

mngapa kita diduga??..hanya ALLAH sahaja yg maha mengetahui.

Namun apa yg nyata, orang yg dapat keluar dari drpd belenggu masalah adalah mereka yg melihat segala dugaan itu sebagai guru yg mendidik jiwa menjadi lebih waja dan lebih berhati mulia.

bagi yg mengeluh dan memarahi takdir, dugaan itu mnjadi racun yg membawa mereka mnjadi mayat sebelum nyawa dikeluarkan dari badan.

sesungguhnya ALLAH tidak membebankan seseorang dengan sesuatu yang diluar kemampuannya..(Al-Baqarah ayat 286)

bila ALLAH menghantar dugaan, Dia juga menghantar kekuatan dan jawapan kepada dugaan itu

Wednesday, June 9, 2010

it's a H.O.L.I.D.A.Y

setelah 5 minggu berada di sekolah, akhirnya cuti sekolah tiba juga..
selama dua minggu akan bebas dari segala lesson plan, segala BBM dan pelbagai kerenah murid.I LOVE all my students.kerenah dan 'nakal' mereka menjadi pelengkap dan mengundang keceriaan hari-hari yang di lalui.
tapi kekadang tindakan mereka itu membuatkan hati seorang guru itu terguris..bagai hendak menangis
apa2 pun, tugas tetap di galas tanggungjawab mesti dilaksanakan.
buat anak didikkku.. tiada seorang guru pun yang suka untuk memarahi anak didiknya melainkan dengan sebab yang kukuh.
hormatilah mereka yang mengajar kamu, sesungguhnya ilmu yang dicurahkan berguna bagi kehidupanmu kelak..